Pengikut

Rabu, 1 November 2017

balas-balas makanan lauk pauk

Jiran sebelah rumah aku  nie baik sungguh dia rajin bagi makanan kat aku.Dialah yang mulakan sesi perkenalan sesama kami.Jiran sebelah suami isteri asal dari semenanjung.Nama dia Fiq(betul ke tak ejaan nama dia) suri rumah, ibu anak 2 dua-dua lelaki anaknye.

Makanan yang dia kasi semuanye sedap-sedap.
Orang berbudi kita berbahasa aku pun balaslah balik makanan kat dia,dalam hati berdebar-debar berkata sedap ke tak kat tekak dia.Aku nie bukan pandai sangat masak pun.

15.10.2017
Dia kasi kek batik,masa nie suami-suami mula berkenalan.Kebetulan hari tu buat sagu gula melaka jadi kasi balaslah.


16.10.2017
Giliran isteri-isteri berkenalan mula-mula anaknye yang sulung kasi,aku tanya mana ibu barulah Fiq jenggah kat muka pintu dia jadi kami berborak depan pintu memasing.Dapat bayangkan tak rumah sewa yang pintu dia sebelah-sebelah kalau dapat bayangkan bagus.



Malamnye aku balas sotong goreng kunyit



19.10.2017
Pagi tu goreng pau kacang ada lebih aku hulur kat Fiq buat makan pagi dengan anak-anak sambil tu boleh borak-borak jap.



Tengah hari dia balas telur ayam masak lemak cili padi


Petang plak dapat lagi rezeki,anak sulung dia hantar pisang goreng


Aku plak masak ketam,malamnye aku balaslah ketam masak lemak cili padi 



Oh ya dalam beborak tue Fiq bagi tahu dia akan berpindah balik ke kampung (segamat) 22 november nanti dengan anak-anak,suami dia je akan tinggal kat Labuan sampai habis kontrak dan sumai dia akan berpindah rumah juga,nampak gaya aku tak ada jiran sebelahlah nanti harap-harap ada lah cepat jiran sebelah baru masuk bukan ape kalau ada orang sebelah rumah tak lah takut sangat.

20.10.2017
Aku betul-betul tengah lapar tengah hari tu dia kasi plak nasi lemak terus aku makan,sambal dia terbaik pedas dan sedapppp..


Malam aku balas sayur bayam merah masak air


21.10.2017
Memang niat aku nak kasi dorang sarapan pagi,aku buat nasi goreng cina


22.10.2017
Tengah hari dia balas plak mee sup.Sedap dia punya begedil teringat plak kat linda,linda pandai buat begedil 



Petang ada lagi dia kasi,dia kasi kuih melaka atau kuih ondeh-ondeh


23.10.2017
Disebabkan semalam tu dia kasi 2 makanan aku balas 2 gak makanan kat dia,kari ikan dan sayur tauge goreng



25.10.2017
Dapat bubur kacang hijau


26.10.2017
Tengah hari dia kasi ikan masak asam pedas



Petang aku balas mee goreng


28.10.2017
Aku kasi sup ayam



Malam dia balas puding roti

 29.10.2017
Belum sempat aku nak kasi dia makaroni goreng dia dah kasi nasi goreng,cepat-cepat masuk bekas balas kat dia




30.10.2017
Aku kasi kerang masak cili kat dia,dia kata bekas yang tempoh hari belum sempat balas dah dapat lagi makanan dari aku.Aku balas kata tak pe tak payah balas pun tak pe ada lauk lebih kasi merasalah kat jiran.


Best ada jiran macam nie dapat tukar-tukar makanan lauk pauk, kita dapat tambah lauk kat meja disamping mengeratkan hubungan baik sesama jiran.Disebabkan dia (Fiq) rajin kasi makanan aku jadi semangat plak nak belajar memasak.

Tiada ulasan :