Rabu, 8 November 2017

masak-masak minggu ke-4 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Sebelum aku nak buat kerje rumah aku up dululah lauk masak-masak minggu ke-4.

30.10.2017 / Isnin
Sayur kacang panjang + carrot + fishcake
Kerang masak sambal


31.10.2017 / Selasa
Offday tak masak petang Krul nak main takraw,tengah hari dia ambil aku kat rumah.Aku duduk di bilik rehat dia malam makan kat kedai mamak.

01.11.2017 / Rabu
Tak masak jugak,aku panaskan lauk ikan masak asam pedas yang jiran sebelah kasi tempoh hari.Hari yang dia kasi tue tak makan,aku buat mee goreng.Lagipun asam pedaskan boleh simpan lama-lama,lagi lama dan panaskan berulang kali lagi sedap rasanye.Nak tambahkan lauk aku goreng telur mata letak sos cili dan kicap.



02.11.2017 / Khamis
Ayam kurma dan sayur kobis + carrot + udang



03.11.2017 / Jumaat
Offday jugak..Krul main takraw aku pun kena ikut dia ke pejabat malam makan McD kat airport.

04.11.2017 / Sabtu
Buat Tom Yam Campur,seperiuk aku masak macam-macam aku masukkan antaranya udang,isi ayam,cendawan,sayur batang sup yang keras tue jagung kecil tue dan tomato



05.11.2017 / Ahad
Mee Sup again tapi kali nie gabungan beefball dan fishcake.



Aku nak share resepi mee sup nie

Bahan-bahan:
- Mee keras jenama mee big mama bukan cite big mama tue tau 
- Beefball dan fishcake,fishcake tue potong panjang-panjang dan nipis
- Bawang putih 2-3 ulas cincang atau tumbuk
- Air ikut suka nak banyak mana
- Daun sup & daun bawang potonglah kecil-kecil
- Minyak
- Garam
- Knorr Pasti Sedap kalau nak letak kiub pati ayam pun boleh aku pakai Knorr Pasti Sedap je itu je yang ada

Cara memasak:
1. Rebus mee keras sehingga kembang ingat sekejap je jangan lama-lama.Kemudian angkat letak tepi dalam mangkuk
2. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan harum
3. Masukkan air kemudian masukkan beefball dan fishcake masak sehingga mendidih 
4. Perasakan dengan Knorr Pasti Sedap dan sedikit garam
5. Dah siap sup tuang dalam mangkuk mee tadi taburkan dengan daun sup & daun bawang.
6. Tambahkan dengan cili kicap kalau nak pedas tapi makan gitu pun sedap jugak.



Tiada ulasan :