Isnin, 13 November 2017

dia bukan peminta sedekah dia minta simpati " kak abang dua ringgit nak beli makan"

Sabtu lepas pergi kedai runcit nak beli barang dapur berlaku satu kejadian peristiwa menyentuh hati,seorang budak lelaki dalam usia 6-8 tahun tidak pasti sama ada rakyat tempatan atau luar tetapi boleh berbahasa melayu elok berpakaian kemas dan bersih budaknya meminta sedekah.

Masih teringat katanye dengan suara yang lembut "kak 2 ringgit nak beli makan" aku tak layan sebab takut teringat kat KK ada orang beri duit pada kanak-kanak Filipina yang meminta sedekah,seorang dapat yang lain berpusu-pusu meminta duit juga jadi aku abaikan gitu saje kemudian minta pula pada Krul "abang 2 ringgit nak beli makan" tidak menghampiri hanya berdiri dimuka pintu kedai.Dibelakang kami ada juga orang lain nak masuk dia juga meminta sedekah tetapi juga tidak diberi duit.

Sudah habis beli barang budak lelaki itu masih disitu lagi dan meminta lagi sedekah pada kami,masuk kereta Krul kata sedekahlah kat dia rm1 aku cakap dia nak rm2 Krul suruh gak kasi rm1,aku hulurkan duit ikut tingkap kereta diambilnya dan diucapkan terima kasih budak lelaki tu terus capai roti yang ada dekat dengan tempat dia berdiri tadi tue dalam kereta kami memerhatikan dia  pegang roti  dan tengok harga pada roti tersebut.

Krul gerak kereta kami berdua terasa kasihan dan bercakap cukup ke rm1 nak beli roti,roti pun mahal sekarang disebabkan kasihan Krul pusing sekali lagi kawasan tue cari dia nak kasi lagi duit tapi tak jumpa plak dia mungkin dah beredar atau masih di dalam kedai,masih tak berpuas hati pusing sekali lagi kali nie dia dah jauh dari kedai Krul berhenti tepi dan lambai pada dia dan aku hulurkan rm5 dan cakap pada dia ambil duit nie nanti beli makan disambut dengan ucapan terima kasih di tangannye ada roti yang dia capai tadi syukur cukup mungkin rm1 tadi tue dia beli roti tidak ditanya pula berape harga roti tersebut,nanti esok lusa aku nak pergi kedai itu nak tengok berape harga roti tersebut.

Kasihan pada budak itu benarlah dia bukan peminta sedekah hanya meminta sedikit simpati pada orang untuk membeli makan bagi mengisi perut kalau dia peminta sedekah dia akan terus berdiri disitu meminta lagi sedekah pada yang lain ini dapat duit terus beli makan dan beredar dari situ,mungkin dia tergolong dalam keluarga yang susah.Ke mana arah tujuan dia selepas itu tidak pasti pula mungkin ke tempat kerje kerana disitu kanak-kanak kecil telah pun bekerje pernah sekali itu aku nampak 2 budak lelaki mengisi 2 tong minyak petrol aku tanya Krul mana nak bawa tong minyak tue Krul kata budak-budak itu ambil upah dari pembawa bot-bot kecil beli minyak dan juga di pasar UTC kanak-kanak bekerje dia pasar.

Tiada ulasan :