Pengikut

Isnin, 27 November 2017

Jiran sebelah dah balik kampung halaman

Dah tak ada jiran sebelah lagi nak berborak-borak dan bertukar lauk masakkan.Fiq dan anak-beranak dah balik kampung minggu lepas hari rabu 22 november.



Memperkenalkan jiran sebelah rumah kite Fiq namanye (ejaan nama kurang pasti)

Sempatlah bergambar buat kenang-kenangan dengan Fiq.Masa nie aku nak gerak ikut Krul ke opis sebab petang dia ada main takraw dan Fiq pula nak kuar ambil anak sulung disekolah,dah nak balik pun anak dia sekolah lagi dan yang bongsu dalam kereta.Dorang naik flight petang tak dapatlah hantar kat airport dah Krul main takraw plak.

Atas tue rumah kamilah,Fiq belah kiri aku plak belah kanan.Kat tengah-tengah pintu tu ada tembok penghadang antara pintu rumah kami,kat situlah kami selalu berborak.Buka je pintu ketuk tiak dan bagi salam lepas tue borak tak payah nak gerak jauh-jauh kat muka pintu je berboraknye.

Sebelum Fiq balik dia kasi macam-macam barang kat aku.Segan plak aku terimanye,dia kasi sebab dari buang gitu baik kasi aku boleh gak masak dan guna.



Nie semua bahan masak ,tempat letak tisu dan bekas-bekas tapeware,Yang nie dia kasi 2 hari sebelum balik.


Yang nie pula dia bagi pagi sebelum dia balik.

Bekas air nie bagus gak Fiq kasi selalu aku letak air dalam jug air kejap-kejap nak kena masak bila habis air nie senangkan hari aku,aku masak dan isi air sampai penuh bila dah sampai takuk kat paip tue baru aku masak dan isi sampai penuh balik.Rak pinggan mangkuk nie mulanye aku nak gantikan kat rak pinggan mangkuk yang Krul punya nie tapi tak lepas plak kat singki jadi tak dapatlah nak pakai,nanti nak bawa ke bilik Krul nak letak sana.

Bagus dorang nie fridge,dapur masak,rak alamari,baldi air dan barang-barang lain yang kecil dorang sedekahkan kat PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam
sebab PASTI ada buka pusat yang baru bolehlah buat tambah-tambah katanye.

InshaAllah kalau ada rezeki,umur dan jodoh dapatlah kita berjumpa lagi yea Fiq.


Tiada ulasan :