Khamis, 13 Ogos 2015

Orang Kempas Beli RJ kite

Ada orang kempas beli  RJ dari aku,terima kasih yea Siti sudi beli RJ dari kite.

Siti wasap aku minggu lepas tanyakan ada jual keratan RJ tak?Aku kan tak jual keratan aku jual RJ dengan pasu sekali,disebabkan Siti kata RJ susah dapat kat nursery di JB  dan aku pun kesian kat dia maka aku pun jual lah keratan RJ kat dia.

Siti berkenan RJ aku yang selapis kelopak besar,jambul dan yang biasa.Aku pun snap lah gambar RJ yang dia minat dan tunggu persetujuan dia,dia setuju aku pun petik lah RJ tue semua.

Disebabkan ni first time aku jual keratan RJ,aku agak susah sikit nak jual berape keratan yang sepatutnye dijual.Aku malas nak pening kepala aku petik je RJ tue kemudian aku wasap gambar RJ tue kasi Siti tengok,dia kata setuju dengan bilangan RJ tue baru aku letak harga + postage.


Atas :- 2 RJ kelopak besar
Bawah Kiri :- RJ warna Peach
Bawah Kanan :- Jambul

Aku pos Isnin dan baru semalam Siti terima RJ tersebut.Seram sejuk aku dibuatnye bila aku tanya hari selasa dah terima ke belum dia jawab tak terima lagi,risau aku wei dia kata tak terima lagi dia pulak cakap kat aku mungkin besok akan dapat RJ tue so aku pun tunggulah besoknye. 

 Siti wasap kata dah terima RJ tu terus lega hati aku,aku bukan ape takut RJ tue layu je nanti dok lama-lama dalam plastik pos laju tue.

Siti kata semua keratan RJ masih dalam keadaan elok lagi.Lagi lah lega hati aku.


macam nie je aku pos kan RJ tue


aku balut dengan kertas surat khabar kemudian bubuh air,nak bagi batang keratan tue basah.


Siap adiknye tolong tanamkan dalam pasu..Aku rasa nie nie RJ biasa warna peach.

Terima kasih yea Siti,harap Siti suka dengan RJ yang kite jual nie.

So pada sesape nak beli keratan RJ dari aku,aku jual yea dah ada pengalaman nie boleh lah aku jual.


Tiada ulasan :