Selasa, 4 Ogos 2015

Resepi Ayam Berempah Mama a.k.a Cik Mas

Aku nak simpan Resepi Ayam Berempah yang aku buat tempoh hari dalam blog aku nie, senang besok lusa boleh cari kat sini je,tak payah lah minta mama lagi resepi nie.

Kalau nak cuba buat sila kan..




Bahan-bahan:
1 sudu besar Jintan Manis
1 sudu besar Jintan Putih
1 sudu besar Ketumbar
2/3 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
Sedikit Halia
(kesemua bahan-bahan nie ditumbuk halus)

1 sudu besar Serbuk Kunyit
Sedikit Kicap Cair

Ayam dipotong kecil (6 ketul sahaja aku masak aritu)

Minyak

Cara Memasak
Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi  bersama ayam + kunyit + kicap.
Perapkan dalam 30 minit atau semalaman dalam peti sejuk.
Kemudian digoreng dengan minyak yang secukupnye.


1 ulasan :

Unknown berkata...

Awk tgl kat mane?
cmne nak beli ros jepun tue?