Pengikut

Rabu, 16 Februari 2011

Kring kring kring ....Hello

Semalam klu ikut perancangan awal nak pergi Hutan Simpan Bukit Nanas nak tgk ape yg menarik kat situ,tapi kami kuar rumah pun dah agak petang so kami tukar plan ke Menara KL.Nie first time kami ke sana nama je org KL tapi tak penah sampai pun..Meh mai cite kan sikit pasal Menara KL bagi yg sama mcm mai yg tak pernah pegi..

Menara KL yang mempunyai ketinggian 421 meter merupakan menara komunikasi yang keempat tertinggi di dunia dan salah satu dari tanda asas ibukota Kuala Lumpur yang terkenal. Anda boleh menaiki lif berkelajuan tinggi di menara ini dan singgah di pelantar pemerhatian di menara ini yang terletak di ketinggian 335 meter untuk melihat pemandangan indah ibukota Kuala Lumpur. Dari sini, landskap ibukota yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan kawasan-kawasan hijau boleh dilihat secara keseluruhan.

Di sini juga ada Restoran Berputar Seri Angkasa harganye boleh tahan lah mahalnye.Klu korang pasangan kekasih makan dinner kat sini mesti rasa bertambah2 romantik.Terkuarlah bunga2 cinta korang tu..

LUNCH BUFFET
12.00 Noon - 3.00 PM (Weekdays)
RM 60.00++ Adult | RM 35.00++ Child

BRUNCH BUFFET
11.30 AM - 3.00 PM (Weekends & Public Holidays)
RM 70.00++ Adult | RM 40.00++ Child

AFTERNOON TEA
RM35.00++ Per Person
(price above effective on 1st April 2010)

HI-TEA BUFFET
RM 48.00++ per adult | RM26.00++ Per Child
(price above effective on 1st April 2010)

DINNER BUFFET
Early: 6.30 PM - 9.00 PM
Late: 9.30 PM - 11.00 PM
RM135.00++ Adult | RM 75.00++ Child

Prices are subject to 10% service tax & 6% government tax

Cerita beria-ria nie korang rasa kami naik ke kat atas tue..
hehehe edok lah naik pun..mahal lah so kami jalan2 je kat bawah2 tu je...
Jalan punya jalan sampai kat 1 station tu kami berhenti.Korang suka gayut kat telefon kan jom kita tgk telefon zaman dulu2 sebelum ada nye handphone yg canggih kat pasaran masa nie..Dulu duit syiling amat diperlukan klu x ada cam mana nak tel buah hati korangkan,siap pi kedai pecahkan duit semata2 nak duit syiling...

 TELEFON AWAM MODEL JT
Telefon awam berwarna jingga ini mula digunakan pada awal 80an.Ia mempunyai 3 slot duit syiling yang boleh menerima duit syiling 10 sen,20 sen dan  50 sen


TELEFON AWAM MODEL RCCB JENIS GPT DIAMOND
Telefon ini mula digunakan pada tahun 1993.Telefon awam ini boleh digunakan bagi panggilan tempatan dan juGA panggilan STD(sambungjauh terus dail/IDD call).Telefon ini menerima duit syiling 10 sen,20 sen,50 sen dan rm1.
TELEFON AWAM MODEL RCCB JENIS TABLE TOP
Telefon awam ini digunakan pada awal 1996.Telefon awam ini hanya boleh digunakan bagi panggilan tempatan sahaja dan tidak boleh digunakan panggilan antarabangsa.

TELEFON AWAM MODEL TAMURA
Telefon awam ini adalah buatan Jepun.





 Kalau nak lebih info sila lah ke Muzium Telekomunikasi Negara yang bertempat di Jalan Raja Chulan,KL

Waktu Melawat
9 pagi hingga 5 petang
Muzium dibuka setiap hari kecuali pada cuti umum.

Bayaran Masuk
Percuma

 Tak lama pun kami kat sana, mai akan panjat gak Menara KL nie 1 ari nanti..Klu sambut anniversary kat sini ok gak,kena lah kumpul duit dari sekarang..


1 ulasan :

Dinda Iva berkata...

kita pernah pergi dulu sekali je..nanti bila kanda free nak pegilah...bukan pegi restoran tu..tapi jalan-jalan je...teringin nak naik bus hop-in hop-out tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...