Pengikut

Ahad, 16 Januari 2011

Maggie Goreng

Salam ahad semua..kelakar lah arini,pagi td sebelum bangun subuh mai merepek kejut hubby nak ambil handphone coz nak set alarm nanti terbabas plak nak bangun pagi pergi kerje.Hubby pun jawab lah dgn nada org bangun tido sayang besok ari ahad lah,aduhhhhh malu nye mai....Ari pun tak ingat,erm sambuglah tido,sambil nak tunggu azan subuh.

Alamak dah pukul 9 pagi lambat plak bangun, aduhhhhh hai.....apo nak wat sarapan nie,buka kabinet tgk2 ada maggie,selamat! erm tapi tak kan nak makan maggie pagi2 nie.Minta tolong kat hubby belikan barang masak kat pasar borong yg beli semlam.Hubby kata nak wat pe?So mai pun cakap lah nak wat maggie goreng,plz hubby belikan barang lain nak wat tambah2 isi tak de kosong sgt.Hubby pg sorang mai plak cam biasa kemas rumah lah sikit2.Ngeh ngeh geh..


Hubby balik mai terus capai barangnye dan sianglah apa yg patut.hubby plak sibuk dgn Chiki,gasak lah janji bahagia.

Bahan A
  • 2-3 bungkus maggie (direbus dan dituskan)
  • Udang (dibuang kulit)
  • Sotong (dipotong kecil)
  • Sawi (dipotong kecil)
  • Kubis (dipotong kecil)
  • Tomato bulat kecil
  • Tauhu (dipotong kecil)
  • Lobak merah (disagat @ dihiris)
  • Minyak masak
  • 2 sudu makan kicap
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
Bahan B - Ditumbuk
  • 5 biji cili merah (mai guna cili boh je)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yg ditumbuk.Goreng sehingga naik bau.
  2. Masukkan tauhu,udang,sotong.Kacau rata dan biar sehingga masak.
  3. Masukkan sayur,sedikit kicap dan air.
  4. Kacau rata.Kemudian masukkan maggie dan biarkan sehingga lembut.
  5. Sedia dihidangkan.
  6. Taburkan cili masak dan bawang goreng sebagai hiasan.

Lepas habis makan mandi time...Ok lah cau dulu nak lipat baju yg dah kering tu
(semalam yg basuh).

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...