Pengikut

Ahad, 27 Mac 2011

Sup Ikan Merah



Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ikan merah dipotong 4(bersih dan tos)
  • 5 biji bawang merah & 3 biji bawang puith (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah & 2 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 1 paket rempah sup
  • 2 bji kentang (dipotong 4)
  • 1 biji carret (dipotong bulat)
  • Sayur sup(yg panjang tue)
  • Rempah 4 beradik -2 batang kulit kayu manis,3 biji bunga lawang,3 biji jintan manis 3 biji buah pelaga(agak2 je)
  • Air
  • Daun sup dan daun bawang (hiris halus atau potong 1 inci panjang)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam

Cara
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Tumis bawang yg dihiris bersama rempah 4 beradik tue sehingga naik bau, warna menjadi sedikit perang.
  3. Kemudian masukkan bawang yg ditumbuk bersama rempah sup,masukkan sekali air(jgn sampai cair,agak2 lah yea)
  4. Masukkan carret,kentang dan sayur sup,biarkan sehingga sedikit empuk
  5. Setelah itu masukkan ikan jgn kacau lama2 nanti ikan akan pecah isi.
  6. Masak sehingga mendidih. Biarkan seketika.
  7. Tutup api dan hidang.
  8. Hiaskan dgn daun sup dan daun bawang.Nak letak bawang goreng pun boleh.

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...