Sabtu, 2 April 2011

Kebab Ayam Special



Selamat pagi to all blogger sekalian maya.Cam biasa lah kan bila tang sabtu ahad nie kadang2 mai ada rajin sikit mau sediakan breakfast,for today breakfast mai sediakan hubby kebab ayam special.Jangan tepuk dahi plak mai buat kebab pepagi nie actually dah X tau nak masak ape lg pun nak wat inti kebab nie senang je just goreng2 aje.Kebab nie special coz mai letak sosaj,wat lah lain sikitkan bg menambah selera makan.hehehehehe

Korang nak tak resepinye cepat pegi ambil pen dan kertas salin resepi nie klu rajin cuba lah buat mesti korang boleh buatnye senaaaanggg sesangat tau...
Bahan-bahan:
  • 2 pcs roti pita (beli je kat giant)
  • 3 pcs daging burger ayam (dicincang)
  • 2 batang sosaj
  • 1 biji bawang besar (dihiris atau didadukan)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris atau didadukan)
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • 4 paket blackpaper (ambil je kat mcD tue malas nak tumbuk)
  • Mayonis
  • Majerin
*** korang boleh masukkan 1 biji tomato dipotong dadu,mai tak masukkan coz tomato tak ada malas nak beli pagi2 buta mana ada kedai buka.

Cara memasak inti kebab:
  1. Masukkan marjerin dan tumiskan bawang sehingga kekuningan.
  2. Masukkan daging burger dan sosaj,goreng sehingga masak.
  3. Selepas itu masukkan pula sos cili,sos tiram dan blackpaper,kacau hingga sebati.
  4. Angkat inti tersebut tanpa ada ada minyak,letakkan dalam mangkuk.
  5. Gaulkan dengan 1-2 sudu mayonis.
Cara menyediakan kebab:
  1. Ambil roti pita td dan potong 2.
  2. Bakar roti td didalam kuali terbalikkan sekejap2 @ korang boleh bakar dulu roti ita baru potong 2.
  3. Letakkan merjerin didalam roti kemudian masukkan inti tadi sedikit demi sedikit jgn plak sepenuh penuhnye plak kang tak cukup macam mana.
  4. Setelah siap lettak mayonis dan sos cili diatas inti tadi.
  5. Tarraa dah siap kejap je nak buat pun.


Selamat menjamu selera

Tiada ulasan :