Rabu, 13 April 2011

Toyol budak Pencuri

Salam dan selamat ari rabu semua (mukadimah yg membosankan). Pelik tak klu duit yg korang kumpul tiba2 berkurangan lepas tue tanya kat org (family/kawan2) semua tak mengaku ambil,dah lah X payah susah2 nak pk tue semua mesti si budak bantut yg curi sape lg TOYOL lah weiii...

Ok topik kite arini TOYOL yea..jgn takuttt mai pun penakut gak sebenarnye but kite kena gak ambil tahu hal2 mcm nie,manalah tau kot2 nanti terkena.Biasanye TOYOL nie akan rembat duit rm50 @ rm10 je.

Laju2 seacrh dlm internet cara mengelak duit dicuri toyol.Banyak gak lah info yg dapat,jom kite baca...

Info dr blog duniamakngah(kang tak tulis mau kena saman)

1) Guna kacang hijau.Tabur kacang hijau disudut2 rumah, jangan sapu, biarkan saja. Kacang hijau ni tujuannya untuk melekakan toyol tu, biar dia syok main kacang hijau sampai lupa nak ambil duit tuan rumah. Kemudian perhatikan kacang2 tu, kalau le kacang yang asalnya dibiarkan bertabur jadi bersusun elok je, maknanya confirm ada toyol kat situ. gekkkkk tidakkkkkkkk..Toyol boleh masuk ikut tingkap! kena tabur kacang kat tingkap jugak! klu masa tu musim hujan, jgn lah tabur kat tingkap, takut tumbuh pokok taugeh pulak kat tingkap rumah korang.

2) Ikat duit guna getah.Korang ingat cicakman je takut getah toyol pun sama lah weii...Mungkin cara nie tak lama bertahan coz si toyol nie akan dtg serang balik.Ada orang kata, si toyol ni bila dia balik jumpa tuan dengan tangan kosong, tuan dia tanya kenapa, dia akan explain senario macamana duit disimpan. Jadi, tuan dia akan training dia untuk lepaskan duit dari ikatan getah tersebut....

3) Bela ikan puyu.Letak kat depan pintu masuk.Ada org kata ikan puyu nie tak tido dan boleh menghalang benda2 halus.

4) Letak jala ikan kat atas pintu masuk - mana nak cari jalan ikan sekarang ni ek...

5) Taburkan tepung dalam dulang, letak dipintu masuk. Konon2nya kita boleh jejak tapak kaki toyol kalau dia pijak tepung tue... kalau jumpa nak buat apa? nak ikat dia ke.. takutnyeeee.........

6) Ikat duit dengan rambut.

7) letak cermin dalam beg duit

8) Letak cermin dipintu masuk.

9) Letak jarum dalam beg duit.

Ada lagi wei belum habis lg,sebelum tue jom kita layan dulu lirik lagu Toyol nyanyian Pak Nil (Aznil Hj Nawawi)

Toyol
Toyol, dia datang padaku berlari-lari
Tolong, kemanaku kan pergi
Toyol, kenapa pula aku yang kau cari
Tolong, rupanya hodoh wow.. wow.. wow.. wow

Kepala botak,matanya terbeliak
Giginya bertaring,merata-rata
Ee...seramnya,ku melihat rupanya
Melambai-melambai,ketawa pula

Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Badannya montel, comel perutnya buncit
Terkedek-terkedek, tertonggek-tertonggek
Ee tajamnya, taring dan juga kuku
Mencari-mencari, jari kakiku

Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Padamu toyol sebenarnya, ku tak rasa takut
Sengaja aku bersembunyi, menggeletarkan lutut

Pergilah toyol jangan ganggu
Manalah ada duit disaku
Mana, mana, mana ada

Toyol, dia datang padaku berlari-lari
Tolong, kemanaku kan pergi
Toyol, kenapa pula aku yang kau cari
Tolong, rupanya hodoh woooow

Kakinya kontot tapi larinya kencang
Menghambat-menghambat, dari belakang
Ee kuat pukulan buku limanya
Menghentak-menghentak, sakit kepala

Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Tiba-tiba aku, rasa sakit di kepala
Ku terjatuh dari katilku
Sungguh besar benjolnya

Rupa-rupanyaku bermimpi
Tidur tadi aku tak basuh kaki
Mimpi, mimpi, cuma mimpi

Toyol, jika kau datang lagi ke dalam mimpi
Aku, ajak engkau menari
Toyol, jika kau ada lagi di zaman ini
Aku, ajar engkau menyanyi



Eh dah rehat! Eh dah pukul 1! Eh jam dah bunyi! nanti lah wei mai sambung nak pg mencekek dulu..Ok to be continue.Bye...

Tiada ulasan :